PRICK OR FREAK????

Thursday 24 February 2011

-1O MENDE YG AKU SELALU NAMPAK KT KDAI MAMAK-

Aku baru sahaja balik dari kedai mamak, selepas makan roti arab dan minum bersama dua wanita yang seksi dan menawan. hehe....Aku tak tahu kenapa tapi tergerak hati aku untuk menulis apa yang selama ini aku dapat perhatikan di kedai mamak berdekatan rumah aku.
I mean, aku pernah lalui zaman lepak di kedai mamak berjam-jam, buat perkara tak senonoh, ketawa kuat-kuat. Di kedai mamak itu pun aku banyak habiskan masa makan berseorangan, melayan karenah pekerja-pekerja yang datang dari Chennai, India. (Tahukah anda roti canai berasal dari Chennai?)

Jadi di sini aku ingin kongsikan bersama pemerhatian aku tentang apa yang kamu akan pasti perasan di kedai mamak. (sambil mendengar lagu Animal Collective…)
1. Kamu akan tahu kamu terlalu kerap sangat ke kedai mamak yang sama jika kamu tidak perlu membuat pesanan dan minuman/makanan kamu tidak sampai. Tunjuk aksi hisap rokok dengan tangan kosong, dan sekotak rokok kegemaran kamu akan sampai. Tidak seperti pelanggan lain, kamu hanya perlu membayar rokok kita kamu membayar keseluruhan bil kamu. (Untuk orang lain, mereka akan membawa kotak rokok dengan piring plastik jingga dan akan berkata, “Rokok bayar dulu.”)
Juga, jika kamu memberitahu nama kamu pada seorang pelayan mamak yang rapat dengan kamu, dalam masa seminggu SEMUA pelayan di situ akan tahu nama kamu.
Dan jangan sekali-sekala membuat aksi ‘Padayappa‘ lakonan Superstar Rajinikanth dengan jari kamu. (rujuk Rajah 01) Kelak kamu akan dapati semua pelayan mamak di situ akan menganggap kamu kawan baik nombor satu mereka.
2. Hierarki pekerja restoran mamak adalah seperti berikut—teratas = penjaga kaunter. Seterusnya penceduk nasi kandar. Kemudian tukang masak belakang kaunter depan dapur yang membuat semua roti canai dan Maggi goreng kamu. Selepas itu penjaga kaunter roti nan. Kemudian pembancuh air. (Yang menduduki jawatan-jawatan di atas biasanya seorang bagi setiap jawatan).
Selepas itu pelayan am berpakaian seragam kemeja t-polo dengan nama restoran, kemudian pelayan yang tidak mempunyai kemeja t-polo dan akhirnya pembasuh pinggan yang tak boleh melayan pelanggan dan hanya duduk di dapur yang kadang-kala melimpah hingga ke lorong belakang.
3. (Lagu dari kumpulan Doves sedang berkumandang) Pasti ada iklan-iklan berikut tertampal di dinding. Kopi Jantan atau Kopi Untuk Lelaki. Kopi Jantan senang sahaja, pasti ada gambar dua pakcik tua yang berkedut seribu dan berkopiah/bersongkok menunjukkan thumbs up. Kopi Untuk Lelaki pula ada gambar lelaki berotot pejal tapi berkepala Harimau.
(Aku tak ingin jadi macam lelaki dalam iklan Kopi Jantan. Bukan imej impian aku)
Juga akan ada pelekat Indomie Goreng di kaunter kaca tempat menyimpan mi Maggi (oh, the irony..), dan kebelakangan ini akan ada poster untuk Roti Arab.
Dahulunya jika kamu perasan akan ada poster mayones Lady’s Choice dengan gambar ‘Salad Roti Canai’ (tak ingat sangat nama produk sebenar, kamu pernah makan tak?), dan poster ais-krim goreng. Aku syak semua tak laku, jadi sekarang mereka semua tumpukan perhatian pada Roti Arab.
4. (LCD Soundsystem pula sekarang) Pasti akan ada pasangan Melayu dan pasangan Cina. Pasangan Melayu akan duduk sebaris, sebelah menyebelah. Pasangan Cina akan duduk bersekemuka.
Kenapa pasangan Melayu kena duduk sebelah menyebelah? Aku dari dulu tak faham fenomena ini. Tapi ini terhad kepada pasangan Melayu yang tradisional dan datang dengan motor (sebab pasti ada topi keledar diletak berdekatan meja). Yang moden (atau sedikit moden) takkan duduk sebegini.
Kalau pasangan Cina pula, pasti yang perempuan akan memakai Seluar Pendek Yang Paling Kecil Di Dunia. Pergi saja ke kedai mamak di waktu malam, mesti kamu jumpa.
5. Kedai mamak yang popular mesti ada skrin besar yang akan digunakan untuk menayang permainan bola. Masa ini memang susah untuk memesan makanan/minuman, tak kisahlah jika anda termasuk jenis pelanggan yang aku sebut dalam pemerhatian #1 di atas. Kadang kala tak cukup gelas, sebab semua pekerja-pekerja buruh dari Nepal/Myanmar/Indonesia akan berkumpul beramai-ramai menonton bola.
Seperti biasa, ketika permainan ditayangkan pasti ada keluar nombor/huruf aneh di sebelah kanan skrin. Menurut seorang pembaca ini adalah untuk mengesan kad yang diklonkan, sebab hampir semua kedai mamak menggunakan kad Astro yang diklonkan. Katanya lah.
6. Mesti ada seorang pelanggan tetap yang mesti duduk berseorangan. Biasanya nampak macam orang kreatif, pasti sedang menulis atau melukis sesuatu di dalam buku nota, mahupun seperti menaip sesuatu dalam komputer ribanya.
Maaf tapi aku tak tulis blog dari kedai mamak. Kedai mamak aku tidak berinternet seperti mamak-mamak moden sekarang.
7. Mesti ada seorang, biasanya lelaki, yang akan berpakaian kemas, nampak seperti menunggu seseorang. Bila kawannya atau pelanggan tiba, akan mengeluar pelbagai helaian kertas atau fail di atas meja.
Biasanya mereka adalah ejen hartanah yang ingin menyewakan rumah. Memang senang membuat perjanjian di kedai mamak, bukan? Tapi yang paling menjengkelkan adalah ejen jualan langsung. Yang paling teruk ialah ejen yang siap sedia dengan presentation yang berupa macam kalendar kecil. Lepas habis satu topik, topik seterusnya akan diselak. Perhatikan meja ini, pasti akan ada seorang dua yang nampak bosan dan tak berminat langsung dan akan melayan SMS dengan telefon bimbit mereka.
Aku pernah kena. Bosan. Aku tak suka dan benci, cuma aku terlupa nak masukkan dalam Senarai Najis aku. Jadi jangan cuba untuk menjual penapis air Reverse Osmosis ye?
8. Pakcik berketayap jual kismis yang telah ‘didoakan’. Agama dikapitaliskan. Modus operandinya senang. Letak sahaja2 kotak di atas meja, dan akan terus beredar. Cuba dapat simpati, kita rasa tergerak untuk membeli. Kononnya sambil menderma.
Juga pakcik Cina yang ingin menjual penyuluh lampu LED dan stokin. Gandingan produk yang sungguh unik. Kita memang kreatif.
(The Killers sedang berkumandang) Dahulunya ramai peminta sedekah atau peminta derma (Untuk Rumah Bakti Kanak-kanak Down Syndrome, Persatuan Orang Pekak, Dana itu dan ini dan macam-macam lagi) tapi aku perasan semenjak dua menjak ini berkurangan. Diganti pula dengan penjual DVD berbakul plastik dan penjual CD band elektronika Hypercubes.
9. Kalau lewat malam minggu selepas jam 3 pagi, akan penuh dengan lelaki bermuka merah padam bersuara lantang dan perempuan bermuka merah padam berbaju seksi (yang malu sedikit akan memakai jaket atau selendang) yang baru balik berclubbing. Biasanya akan membuat pesanan dengan suara sekuat boleh, dan kalau berbangsa Cina akan meletakkan kereta betul-betul di tepi meja kamu dengan paip ekzos betul-betul dihalakan ke meja kamu.
Biasanya mereka ini akan duduk di meja yang diletakkan di atas bahu jalan dan bukan di meja yang diletakkan dalam kedai, agar mudah muntah di atas jalanraya dan tak nampak sangat kemerahan muka mereka.  Memang penuh dengan golongan ini, dan gerombolan Mat Rempit yang ingin mengushalurah dada dan punggung (serta g-string terkeluar) perempuan mabuk.
10. (Interpol sedang berkumandang, maaf aku sedang mendengar playlist indie rock aku. Cerita Lain.) Mesti ada lipas atau tikus. Dan tandas yang tak pernah bersih, yang biasanya tidak boleh dipam. Siapa di sini yang tak pernah nampak lipas dan kadangkala tikus di kedai mamak memang penipu.
Aku musykil, kenapa tandas di kedai mamak tak boleh bersih? Kalau nampak bersih pun, pasti basah dan berbau air kencing. Kita pun satu, nak bercebok pun kena habis basah satu tandas. Ambil hos plastik, kita sembur macam anggota FRU sembur orang kat Kampung Baru zaman Reformasi dulu (apa jadi ya dengan Reformasi?). Memang jarang jumpa tandas yang kering.
Tandas yang bersih WAJIB kering.
Sia-sia sahaja kempen kebersihan tandas yang kita selalu nampak di siaran Berita Perdana di RTM 1. Tandas basah BUKAN tandas bersih. Tandas yang penuh dengan kepingan lantai plastik yang disambung-sambung macam Lego (kamu mesti pernah nampak, kalau tak, kamu pun menipu juga) BUKAN tandas bersih. Tandas yang diletakkan pewangi ala ubat gegat di urinal (tandas kencing berdiri. tankendiri?) untuk menghilangkan bau air kencing BUKAN tandas bersih. Tandas yang ada alat pengepam/penghembus udara yang diletakkan di atas lantai berhampiran pintu masuk BUKAN tandas bersih.
Maaf aku suka jika tandas aku bersih. Mungkin obses. Tapi orang Malaysia memang ada tahap toleransi tinggi. Boleh berak dalam jamban kotor, boleh makan tepi longkang. Maaf tapi itu bukan cara aku!!!

No comments:

Post a Comment