Hari tu kita gaduh. Saye main-main.
Awk ingat betul-betul...
Tak tau nk buat mcmana lg. Lantak awk lah
Semlm kita berselisih. Saye buat dunno
Awak pandang saye, Saye buat dunno jugak.
Degilnyer saye...
Saye nmpk awak, Saye panggil.
Tapi awak x toleh. Sebab saye panggil awak dalam hati.
Bodohnya saye...
Awak tegur saye, Saye buat dunno
Tapi awak xtahu happynya saye.
walau pun saye jarang bagitau awak yang saye sayang
dan rindu pada awak,
tapi...dalam hati saye ni selalu ingat & sayang kat awak.
semasa awak takde ngan saya,saya pernah terfikir untuk BUNUH DIRI
--saya gunakan TAUHU untuk ketuk kepala saya
--pakai COTTON BUD tuk potong nadi saya
--naek BASIKAL laju-laju pastu langgar daun pokok.
--makan VITAMIN dengan gelojoh nye.
--pastu saya TERJUN BANGUNAN gune payung terjun
--saya tak MAKAN beras nasi slame setaun.
--saya KURUNG diri dalam bilik air lame2 mase mandi
--saya bediri tengah jalan n soh KUCING langgar saya.
--saya GANTUNG diri saya ngan benang.
saya wat sume ni sebab saya sayang awak.
lihatlah betapa pentingnye awak dalam idup saya.
Friday, 25 February 2011
Thursday, 24 February 2011
~~~~PANTUN ZAMAN SEKARANG~~~~
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.
Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.
Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap!!!!
-1O MENDE YG AKU SELALU NAMPAK KT KDAI MAMAK-
Aku baru sahaja balik dari kedai mamak, selepas makan roti arab dan minum bersama dua wanita yang seksi dan menawan. hehe....Aku tak tahu kenapa tapi tergerak hati aku untuk menulis apa yang selama ini aku dapat perhatikan di kedai mamak berdekatan rumah aku.
I mean, aku pernah lalui zaman lepak di kedai mamak berjam-jam, buat perkara tak senonoh, ketawa kuat-kuat. Di kedai mamak itu pun aku banyak habiskan masa makan berseorangan, melayan karenah pekerja-pekerja yang datang dari Chennai, India. (Tahukah anda roti canai berasal dari Chennai?)
Jadi di sini aku ingin kongsikan bersama pemerhatian aku tentang apa yang kamu akan pasti perasan di kedai mamak. (sambil mendengar lagu Animal Collective…)
Jadi di sini aku ingin kongsikan bersama pemerhatian aku tentang apa yang kamu akan pasti perasan di kedai mamak. (sambil mendengar lagu Animal Collective…)
1. Kamu akan tahu kamu terlalu kerap sangat ke kedai mamak yang sama jika kamu tidak perlu membuat pesanan dan minuman/makanan kamu tidak sampai. Tunjuk aksi hisap rokok dengan tangan kosong, dan sekotak rokok kegemaran kamu akan sampai. Tidak seperti pelanggan lain, kamu hanya perlu membayar rokok kita kamu membayar keseluruhan bil kamu. (Untuk orang lain, mereka akan membawa kotak rokok dengan piring plastik jingga dan akan berkata, “Rokok bayar dulu.”)
Juga, jika kamu memberitahu nama kamu pada seorang pelayan mamak yang rapat dengan kamu, dalam masa seminggu SEMUA pelayan di situ akan tahu nama kamu.
Dan jangan sekali-sekala membuat aksi ‘Padayappa‘ lakonan Superstar Rajinikanth dengan jari kamu. (rujuk Rajah 01) Kelak kamu akan dapati semua pelayan mamak di situ akan menganggap kamu kawan baik nombor satu mereka.
2. Hierarki pekerja restoran mamak adalah seperti berikut—teratas = penjaga kaunter. Seterusnya penceduk nasi kandar. Kemudian tukang masak belakang kaunter depan dapur yang membuat semua roti canai dan Maggi goreng kamu. Selepas itu penjaga kaunter roti nan. Kemudian pembancuh air. (Yang menduduki jawatan-jawatan di atas biasanya seorang bagi setiap jawatan).
Selepas itu pelayan am berpakaian seragam kemeja t-polo dengan nama restoran, kemudian pelayan yang tidak mempunyai kemeja t-polo dan akhirnya pembasuh pinggan yang tak boleh melayan pelanggan dan hanya duduk di dapur yang kadang-kala melimpah hingga ke lorong belakang.
3. (Lagu dari kumpulan Doves sedang berkumandang) Pasti ada iklan-iklan berikut tertampal di dinding. Kopi Jantan atau Kopi Untuk Lelaki. Kopi Jantan senang sahaja, pasti ada gambar dua pakcik tua yang berkedut seribu dan berkopiah/bersongkok menunjukkan thumbs up. Kopi Untuk Lelaki pula ada gambar lelaki berotot pejal tapi berkepala Harimau.
(Aku tak ingin jadi macam lelaki dalam iklan Kopi Jantan. Bukan imej impian aku)
Juga akan ada pelekat Indomie Goreng di kaunter kaca tempat menyimpan mi Maggi (oh, the irony..), dan kebelakangan ini akan ada poster untuk Roti Arab.
Dahulunya jika kamu perasan akan ada poster mayones Lady’s Choice dengan gambar ‘Salad Roti Canai’ (tak ingat sangat nama produk sebenar, kamu pernah makan tak?), dan poster ais-krim goreng. Aku syak semua tak laku, jadi sekarang mereka semua tumpukan perhatian pada Roti Arab.
4. (LCD Soundsystem pula sekarang) Pasti akan ada pasangan Melayu dan pasangan Cina. Pasangan Melayu akan duduk sebaris, sebelah menyebelah. Pasangan Cina akan duduk bersekemuka.
Kenapa pasangan Melayu kena duduk sebelah menyebelah? Aku dari dulu tak faham fenomena ini. Tapi ini terhad kepada pasangan Melayu yang tradisional dan datang dengan motor (sebab pasti ada topi keledar diletak berdekatan meja). Yang moden (atau sedikit moden) takkan duduk sebegini.
Kalau pasangan Cina pula, pasti yang perempuan akan memakai Seluar Pendek Yang Paling Kecil Di Dunia. Pergi saja ke kedai mamak di waktu malam, mesti kamu jumpa.
5. Kedai mamak yang popular mesti ada skrin besar yang akan digunakan untuk menayang permainan bola. Masa ini memang susah untuk memesan makanan/minuman, tak kisahlah jika anda termasuk jenis pelanggan yang aku sebut dalam pemerhatian #1 di atas. Kadang kala tak cukup gelas, sebab semua pekerja-pekerja buruh dari Nepal/Myanmar/Indonesia akan berkumpul beramai-ramai menonton bola.
Seperti biasa, ketika permainan ditayangkan pasti ada keluar nombor/huruf aneh di sebelah kanan skrin. Menurut seorang pembaca ini adalah untuk mengesan kad yang diklonkan, sebab hampir semua kedai mamak menggunakan kad Astro yang diklonkan. Katanya lah.
6. Mesti ada seorang pelanggan tetap yang mesti duduk berseorangan. Biasanya nampak macam orang kreatif, pasti sedang menulis atau melukis sesuatu di dalam buku nota, mahupun seperti menaip sesuatu dalam komputer ribanya.
Maaf tapi aku tak tulis blog dari kedai mamak. Kedai mamak aku tidak berinternet seperti mamak-mamak moden sekarang.
7. Mesti ada seorang, biasanya lelaki, yang akan berpakaian kemas, nampak seperti menunggu seseorang. Bila kawannya atau pelanggan tiba, akan mengeluar pelbagai helaian kertas atau fail di atas meja.
Biasanya mereka adalah ejen hartanah yang ingin menyewakan rumah. Memang senang membuat perjanjian di kedai mamak, bukan? Tapi yang paling menjengkelkan adalah ejen jualan langsung. Yang paling teruk ialah ejen yang siap sedia dengan presentation yang berupa macam kalendar kecil. Lepas habis satu topik, topik seterusnya akan diselak. Perhatikan meja ini, pasti akan ada seorang dua yang nampak bosan dan tak berminat langsung dan akan melayan SMS dengan telefon bimbit mereka.
Aku pernah kena. Bosan. Aku tak suka dan benci, cuma aku terlupa nak masukkan dalam Senarai Najis aku. Jadi jangan cuba untuk menjual penapis air Reverse Osmosis ye?
8. Pakcik berketayap jual kismis yang telah ‘didoakan’. Agama dikapitaliskan. Modus operandinya senang. Letak sahaja2 kotak di atas meja, dan akan terus beredar. Cuba dapat simpati, kita rasa tergerak untuk membeli. Kononnya sambil menderma.
Juga pakcik Cina yang ingin menjual penyuluh lampu LED dan stokin. Gandingan produk yang sungguh unik. Kita memang kreatif.
(The Killers sedang berkumandang) Dahulunya ramai peminta sedekah atau peminta derma (Untuk Rumah Bakti Kanak-kanak Down Syndrome, Persatuan Orang Pekak, Dana itu dan ini dan macam-macam lagi) tapi aku perasan semenjak dua menjak ini berkurangan. Diganti pula dengan penjual DVD berbakul plastik dan penjual CD band elektronika Hypercubes.
9. Kalau lewat malam minggu selepas jam 3 pagi, akan penuh dengan lelaki bermuka merah padam bersuara lantang dan perempuan bermuka merah padam berbaju seksi (yang malu sedikit akan memakai jaket atau selendang) yang baru balik berclubbing. Biasanya akan membuat pesanan dengan suara sekuat boleh, dan kalau berbangsa Cina akan meletakkan kereta betul-betul di tepi meja kamu dengan paip ekzos betul-betul dihalakan ke meja kamu.
Biasanya mereka ini akan duduk di meja yang diletakkan di atas bahu jalan dan bukan di meja yang diletakkan dalam kedai, agar mudah muntah di atas jalanraya dan tak nampak sangat kemerahan muka mereka. Memang penuh dengan golongan ini, dan gerombolan Mat Rempit yang ingin mengushalurah dada dan punggung (serta g-string terkeluar) perempuan mabuk.
10. (Interpol sedang berkumandang, maaf aku sedang mendengar playlist indie rock aku. Cerita Lain.) Mesti ada lipas atau tikus. Dan tandas yang tak pernah bersih, yang biasanya tidak boleh dipam. Siapa di sini yang tak pernah nampak lipas dan kadangkala tikus di kedai mamak memang penipu.
Aku musykil, kenapa tandas di kedai mamak tak boleh bersih? Kalau nampak bersih pun, pasti basah dan berbau air kencing. Kita pun satu, nak bercebok pun kena habis basah satu tandas. Ambil hos plastik, kita sembur macam anggota FRU sembur orang kat Kampung Baru zaman Reformasi dulu (apa jadi ya dengan Reformasi?). Memang jarang jumpa tandas yang kering.
Tandas yang bersih WAJIB kering.
Sia-sia sahaja kempen kebersihan tandas yang kita selalu nampak di siaran Berita Perdana di RTM 1. Tandas basah BUKAN tandas bersih. Tandas yang penuh dengan kepingan lantai plastik yang disambung-sambung macam Lego (kamu mesti pernah nampak, kalau tak, kamu pun menipu juga) BUKAN tandas bersih. Tandas yang diletakkan pewangi ala ubat gegat di urinal (tandas kencing berdiri. tankendiri?) untuk menghilangkan bau air kencing BUKAN tandas bersih. Tandas yang ada alat pengepam/penghembus udara yang diletakkan di atas lantai berhampiran pintu masuk BUKAN tandas bersih.
Maaf aku suka jika tandas aku bersih. Mungkin obses. Tapi orang Malaysia memang ada tahap toleransi tinggi. Boleh berak dalam jamban kotor, boleh makan tepi longkang. Maaf tapi itu bukan cara aku!!!
KAU SINI KEJAP!!! NK MINTAK TOLONG KAU HILANGKAN...
Yang ini, aku biarkan kamu tinggalkan komen.
Dulu masa budak-budak, kalau gaduh dengan kawan-kawan mesti cakap macam ni,
"..tanak kawan dengan kau. Alif lam lam ha.."
Kejap lagi petang, main bola geng yang sama. Lepas tu pergi ngaji Maghrib sama-sama. Esok pergi sekolah, gaduh lagi.
"..tanak kawan dengan kau dah. Alif lam lam ha.." lagi...
Itu masa budak-budak. Bila dah besar sikit, bergaduh mesti mau ajak kaum. Dah besar lagi sikit,
masuk kultus-kultus. 3 line lah, brader lah, kongsi gelaplah dsb. Esok mati, siapa angkat mayat kau kalau bukan kawan-kawan jugak?
Aku ada baca paper, tahun baru itu hari ada sorang budak punk bergaduh sekitar Kuala Lumpur.
Budak punk tu kena campak dari tingkat tujuh. Mati.
Kata punk not dead?
Sebenarnyakan, aku ada buat silap. Lepas tu aku tak tahu macam mana nak betulkan silap.
Si Houdini tu hidup lagi ke eh? Panggil dia sini kejap. Aku nak suruh dia buat magic. Hilangkan apa-apa yang patut.
Mich werde dissolute bis seine liebhaben mich erwidern.
It just fucking disappear!
Anyway....so long.
Dulu masa budak-budak, kalau gaduh dengan kawan-kawan mesti cakap macam ni,
"..tanak kawan dengan kau. Alif lam lam ha.."
Kejap lagi petang, main bola geng yang sama. Lepas tu pergi ngaji Maghrib sama-sama. Esok pergi sekolah, gaduh lagi.
"..tanak kawan dengan kau dah. Alif lam lam ha.." lagi...
Itu masa budak-budak. Bila dah besar sikit, bergaduh mesti mau ajak kaum. Dah besar lagi sikit,
masuk kultus-kultus. 3 line lah, brader lah, kongsi gelaplah dsb. Esok mati, siapa angkat mayat kau kalau bukan kawan-kawan jugak?
Aku ada baca paper, tahun baru itu hari ada sorang budak punk bergaduh sekitar Kuala Lumpur.
Budak punk tu kena campak dari tingkat tujuh. Mati.
Kata punk not dead?
Sebenarnyakan, aku ada buat silap. Lepas tu aku tak tahu macam mana nak betulkan silap.
Si Houdini tu hidup lagi ke eh? Panggil dia sini kejap. Aku nak suruh dia buat magic. Hilangkan apa-apa yang patut.
Mich werde dissolute bis seine liebhaben mich erwidern.
It just fucking disappear!
Anyway....so long.
stupid+bodoh = kau bodoh!!!
kau memang suka jadi bodoh,
kau tak kisah kau diperbodoh,
sebab kau memang bodoh!
kau bangga jadi bodoh,..
biar sahaja orang lain buat kau macam bodoh.
tapi kau rileks aje sebab kau buat muka bodoh.
kadang kadang kau marah orang panggil kau bodoh..
kau tahu sebab apa kau jadi bodoh???
sebab kau ikut budak bodoh.
hari-hari kau ikut member kau yang bodoh.
habislah kau pagi,petang,siang,malam kau jadi bodoh..
ada masa kau cakap orang lain bodoh.
tapi orang yang kena bodoh dengan kau buat rileks je sebab kau lagi banyak bodoh!
kau mula malu jadi bodoh.
lepas itu cakap"ye encik..saya bodoh''
walauapapun terjadi kau tetap nak juga jadi bodoh!
kawan juga dengan orang bodoh.
layan je bila kena bodoh.
layan je jadi balaci si bodoh..
ada orang tanya,betul ke kau bodoh?
tapi kau tak ngaku bodoh.
kalau kau tak ngaku bodoh.
siapa yang bodoh???
ramai kawan yang tegur yang kau bodoh.
macam biasalah kau buat muka bodoh.
si bodoh pun berkata"aku peduli ape! aku selesa dengan gaya yang bodoh!"..
ya memang sah lah kau super bodoh..
FAKTA BANJAR... (AKU ANAK BANJAR)
PENGENALAN
- Berasal dari Sumatera Indonesia. ( Bujur ka kadek tu aku gen kade taho juek )
- Tergolong dalam rumpun bangsa Melayu. ( Nani desar benar bujur)
- Bercampur sedikit darah orang dayak.
- Menurut Afred Boron Hudson ( Seorang pengkaji banjar ) Banjar telah bermula pada abad ke 19.
- Kawasan-kawasan banjar yang dikenalpasti
I. Batu Pahat
II. Sabak Bernam
III. Taiping
IV. Bagan Datoh
V. Tanjong Karang
- Penempatan awal masyarakat banjar adalah di Batu Pahat Johor.
CIRI- CIRI orang banjar
- Berkulit putih. ( amun ade nang hirang tu katurunan kaling lokok )
- Mata Sepet dan colour chocolate ( mata umaku biru tu kaya’apa pulang leh? )
- Seperti kacukan cina tetapi tidak jauh beza dengan melayu. ( bujur lokok )
- Berani . ( Sunyaan dasar wani )
- Teguh pegangan agama.
- Cara hidup yang sederhana.
- Pertuturan menggunakan bahasa banjar. ( Abis amun kade besurah banjar besurah nangapa lagi )
Ekonomi orang banjar
I. Orang banjar mengamalkan aktiviti ekonomi mereka dengan bertani, melukis, menanam pokok kelapa, berkebun getah dan berniaga.
II. Masyarakat banjar juga dikenali sebagai tukang besi.
( Nani gen kade taho lah bujur ka kadek ) Bujur ai lokok..
Makanan orang banjar
I. Makan makanan radisional orang banjar seperti:
- Kuih kikicak ( berwarna hijau bulat2 dan berkuah )
- Mandai (Kulit cempedak digoreng )
- Ikan wadi ( ikan berperam )
- Tutuli ( kuih telinga keeling )
- Kambang Guyang ( Kuih Bunga )
- Nasi gaul ( Nasi orang banjar )
- Tapai. (Pulut )
Pakaian orang banjar
- Orang tua bertengkolok ( memakai kain yang diikat di kepala ).
- Berbaju kurung ( bagi perempuan ).
- Baju kurung juga bagi lelaki ( Baju melayu ).
- Memakai bedak dari beras.
- Makan sireh untuk memerahkan bibir ( alat solek ).
PERMAINAN ORANG BANJAR
- Main ting-ting.
- Congkak.
- Ceper.
- Batu seremban.
P/s: kakanakan hak nang main ting-ting sunyaan toh.. Amun urang tohak main ting-ting pamali taholah.
ADAT DAN BUDAYA ORANG BANJAR
- Sebelum bersanding mandi dengan air yang mempunyai bacaan doa sebagai penyeri. ( Supaya Nang muha hirang tu jadi kahabangan )
- Tepung tawar : mandi secara bergilir-gilir. ( Nani aku kade taho nangapa motifnyak. Mandi bergilir2 kaya urang bungol hak.. ka’ina katampa’ian burit bebunga ) hahaha XD
- Bersolek untuk menambah seri.
PANTANG LARANG ORANG BANJAR
- Bayi baru lahir tidak boleh dibawa bersiar-siar dari waktu maghrib sehingga lewat malam ( pamali ).
- Tidak boleh lalu bawah ampaian baju.
- Tidak boleh duduk bawah alang ( kuda2 rumah ).
- Tidak boleh pijak bantal ( nanti bisul ).
- Memotong kuku pada waktu malam juga ditegah ( pamali taho lah kawok ).
Wednesday, 23 February 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)